Kelas Microsoft Office Excel
4 Mei 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 3 Mei 2019, Pusat Internet Engkilili telah mengadakan kelas Microsoft Excel untuk belia di Engkilili terutamanya lepasan SPM 2018. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili. Seramai 2 orang belia yang mengikuti kelas ini.
Pengisian di dalam kelas ini adalah Pengenalan kepada Microsoft Office Excel. Peserta diajar mengenal setiap fungsi dan cara menggunakan hamparan Excel. Kemudian peserta diajar membuat jadual dan juga carta bar menggunakan Excel. Setelah membuat jadual, peserta diajar cara membuat formula pada Excel dan juga membuat pengiraan menggunakan Excel. Kelas ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: